Tuesday, 9 October 2012

Isu Semasa Tamadun Islam (Krisis Di Selatan Thailand)

Assalamualaikum w.r.t dan Salam Sejahtera...


Krisis di Selatan Thailand
  
KRONOLOGI KRISIS
  • Pemberontakan di Selatan Thailand merupakan sebuah kempen pemisah (kawasan Pattani yang didominasi oleh etnik Melayu).
  • Meningkat secara mendadak pada dalam tahun 2004.
  • Julai 2005 - Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, telah memberikan kuasa lebih besar dengan bertujuan untuk menghapuskan pemberontakan.
  • September 2006 - Komander tentera, Sonthi Boonyaratkalin telah diberikan kuasa eksekutif luar biasa untuk melawan pergolakan ini.
  • 19 September 2006 - Sonthi dan satu junta tentera telah menyingkirkan Thaksin di dalam satu rampasan kuasa.
  • Pertengahan September 2007 – jumlah kematian 1,400 telah meningkat ke 2,579. 
  • Mac 2008 - Jumlah kematian telah meningkat ke 3000.
  • Junta tentera mempunyai beberapa bahan bukti bahawa pemberontakan ini telah dibiayai oleh restoran-restoran menjual sup tomyam di Malaysia kerana ramai masih berminat di dalam pergerakan itu.
  • Penduduk yang merasakan diri mereka tertindas oleh Thailand telah mengangkat senjata dan melakukan pengeboman demi pengeboman. Mereka mahu negara yang merdeka dari pemerintah Thailand.
 

Punca-punca :-
  • Penaklukan British dan Perjanjian Anglo Siam 1909 telah membahagikan negara Melayu di utara. Wilayah selatan Thailand yang terdiri dari Pattani, Narathiwat dan Yala pada asalnya adalah sebahagian dari Tanah Melayu tetapi telah diserahkan oleh British kepada Kerajaan Thailand menerusi Perjanjian Bangkok 1909. Sehingga hari ini, wilayah tersebut kekal di bawah jajahan Thailand.
  • Kumpulan lain mahu negara Islam di wilayah Selatan Thailand. Kaedah perjuangan Al-Qaeda di seluruh dunia khususnya di Afghanistan menjadi sumber idea dan inspirasi.
  • Sikap para pegawai Thailand di pejabat-pejabat daerah yang mengamalkan dikriminasi dan tidak mahu memahami adat resam, perasaan dan kehendak rakyat tempatan.  

Penyelesaian :-
  • Rundingan Damai :
    • Kerajaan sementara pimpinan Jeneral Sonthi mahu berunding dan mengarahkan para pejuang meletakkan senjata merupakan langkah pertama ke arah perdamaian. Semua pihak mestilah duduk semeja.
  • Peranan Tun Dr. Mahathir Mohamad :
    • Tun Dr. Mahathir Mohamad telah ditemui oleh beberapa wakil dari Selatan Thailand di Pulau Langkawi sejak 2005. Sejak itu, beberapa siri rundingan telah diadakan. Nasihat dan pelan damai telah diberi pandangan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang arif tentang selok belok politik di Selatan Thailand. Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil lamgkah berani itu kerana hanya beliau tokoh yang dipercayai oleh penduduk Selatan Thailand. 
  • Alternatif perdamaian :
    • Bekas Menteri Luar Thailand. Surin Pitsuwan menyarankan supaya model perdamaian Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dengan kerajaan Indonesia di Helsinki Ogos 2005 digunakan dalam menyelesaikan pertikaian di Selatan Thailand.
    • Pemimpin Selatan Thailand yang disenarai hitamkan oleh pihak berkuasa diberi pengampunan.    
Akibat :-
  • Pendidikan :
    • Ketua Pengarah Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), Pranai Suwanrath menyatakan lima wilayah majoriti Islam ialah Narathiwat, Satun, Songkhla, Yala dan Pattani. Penduduk Islam lebih percaya dan berminat mendaftar anak mereka di sekolah agama seperti sekolah pondok dan madrasah berbanding sekolah bantuan kerajaan. 70% pelajar menuntut di 6000 sekolah agama. 30% lagi belajar di sekolah kerajaan. Akibatnya bilangan yang melanjutkan ke peringkat universiti amat rendah.
  • Ekonomi :
    • Keganasan tercetus selepas puak pemisah menyerbu kem tentera pada tahun 2004. Sejak tahun 2004, tiada pelaburan di wilayah selatan dan kedatangan pelancong asing juga merosot dengan ketara sekali.
  • Korban nyawa
    • Kehilangan banyak nyawa yang tidak berdosa. 

Ulasan dan Pandangan : 
Kajian kes di atas merupakan sebilangan kisah-kisah benar yang menjadi mimpi ngeri penduduk di Thailand. Masih banyak lagi kes-kes lain yang tidak direkodkan dan di dedahkan untuk pengetahuan umum. Kekejaman dan penindasan yang berlaku ini berlanjutan dari generasi ke satu generasi. Tiada usaha konkrit pihak berwajib dalam melindungi dan membantu masyarakat melayu islam di Selatan Thailand walaupun berbeza bangsa dan ideologi agama. Nilai nyawa dan kemanusiaan tidak lagi menjadi agenda utama dalam menerapkan keharmoniaan kehidupan rakyat. Oleh itu, pihak berkuasa sepatutnya bertanggungjawab menyiasat perkara ini sama ada laporan dibuat atau pun tidak bagi menjamin keamanan sebuah negara tercapai daripada segala ancaman.

 Sumber : Wikipedia

No comments:

Post a Comment

h
a
b
r
I