Tuesday, 9 October 2012

Isu Semasa Tamadun Islam (Krisis Di Selatan Thailand)

Assalamualaikum w.r.t dan Salam Sejahtera...


Krisis di Selatan Thailand
  
KRONOLOGI KRISIS
  • Pemberontakan di Selatan Thailand merupakan sebuah kempen pemisah (kawasan Pattani yang didominasi oleh etnik Melayu).
  • Meningkat secara mendadak pada dalam tahun 2004.
  • Julai 2005 - Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, telah memberikan kuasa lebih besar dengan bertujuan untuk menghapuskan pemberontakan.
  • September 2006 - Komander tentera, Sonthi Boonyaratkalin telah diberikan kuasa eksekutif luar biasa untuk melawan pergolakan ini.
  • 19 September 2006 - Sonthi dan satu junta tentera telah menyingkirkan Thaksin di dalam satu rampasan kuasa.
  • Pertengahan September 2007 – jumlah kematian 1,400 telah meningkat ke 2,579. 
  • Mac 2008 - Jumlah kematian telah meningkat ke 3000.
  • Junta tentera mempunyai beberapa bahan bukti bahawa pemberontakan ini telah dibiayai oleh restoran-restoran menjual sup tomyam di Malaysia kerana ramai masih berminat di dalam pergerakan itu.
  • Penduduk yang merasakan diri mereka tertindas oleh Thailand telah mengangkat senjata dan melakukan pengeboman demi pengeboman. Mereka mahu negara yang merdeka dari pemerintah Thailand.
 

Punca-punca :-
  • Penaklukan British dan Perjanjian Anglo Siam 1909 telah membahagikan negara Melayu di utara. Wilayah selatan Thailand yang terdiri dari Pattani, Narathiwat dan Yala pada asalnya adalah sebahagian dari Tanah Melayu tetapi telah diserahkan oleh British kepada Kerajaan Thailand menerusi Perjanjian Bangkok 1909. Sehingga hari ini, wilayah tersebut kekal di bawah jajahan Thailand.
  • Kumpulan lain mahu negara Islam di wilayah Selatan Thailand. Kaedah perjuangan Al-Qaeda di seluruh dunia khususnya di Afghanistan menjadi sumber idea dan inspirasi.
  • Sikap para pegawai Thailand di pejabat-pejabat daerah yang mengamalkan dikriminasi dan tidak mahu memahami adat resam, perasaan dan kehendak rakyat tempatan.  

Penyelesaian :-
  • Rundingan Damai :
    • Kerajaan sementara pimpinan Jeneral Sonthi mahu berunding dan mengarahkan para pejuang meletakkan senjata merupakan langkah pertama ke arah perdamaian. Semua pihak mestilah duduk semeja.
  • Peranan Tun Dr. Mahathir Mohamad :
    • Tun Dr. Mahathir Mohamad telah ditemui oleh beberapa wakil dari Selatan Thailand di Pulau Langkawi sejak 2005. Sejak itu, beberapa siri rundingan telah diadakan. Nasihat dan pelan damai telah diberi pandangan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang arif tentang selok belok politik di Selatan Thailand. Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil lamgkah berani itu kerana hanya beliau tokoh yang dipercayai oleh penduduk Selatan Thailand. 
  • Alternatif perdamaian :
    • Bekas Menteri Luar Thailand. Surin Pitsuwan menyarankan supaya model perdamaian Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dengan kerajaan Indonesia di Helsinki Ogos 2005 digunakan dalam menyelesaikan pertikaian di Selatan Thailand.
    • Pemimpin Selatan Thailand yang disenarai hitamkan oleh pihak berkuasa diberi pengampunan.    
Akibat :-
  • Pendidikan :
    • Ketua Pengarah Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), Pranai Suwanrath menyatakan lima wilayah majoriti Islam ialah Narathiwat, Satun, Songkhla, Yala dan Pattani. Penduduk Islam lebih percaya dan berminat mendaftar anak mereka di sekolah agama seperti sekolah pondok dan madrasah berbanding sekolah bantuan kerajaan. 70% pelajar menuntut di 6000 sekolah agama. 30% lagi belajar di sekolah kerajaan. Akibatnya bilangan yang melanjutkan ke peringkat universiti amat rendah.
  • Ekonomi :
    • Keganasan tercetus selepas puak pemisah menyerbu kem tentera pada tahun 2004. Sejak tahun 2004, tiada pelaburan di wilayah selatan dan kedatangan pelancong asing juga merosot dengan ketara sekali.
  • Korban nyawa
    • Kehilangan banyak nyawa yang tidak berdosa. 

Ulasan dan Pandangan : 
Kajian kes di atas merupakan sebilangan kisah-kisah benar yang menjadi mimpi ngeri penduduk di Thailand. Masih banyak lagi kes-kes lain yang tidak direkodkan dan di dedahkan untuk pengetahuan umum. Kekejaman dan penindasan yang berlaku ini berlanjutan dari generasi ke satu generasi. Tiada usaha konkrit pihak berwajib dalam melindungi dan membantu masyarakat melayu islam di Selatan Thailand walaupun berbeza bangsa dan ideologi agama. Nilai nyawa dan kemanusiaan tidak lagi menjadi agenda utama dalam menerapkan keharmoniaan kehidupan rakyat. Oleh itu, pihak berkuasa sepatutnya bertanggungjawab menyiasat perkara ini sama ada laporan dibuat atau pun tidak bagi menjamin keamanan sebuah negara tercapai daripada segala ancaman.

 Sumber : Wikipedia

Monday, 8 October 2012

Sejarah Kemunculan dan Perkembangan Tamadun Islam

TOKOH 1 : Nabi Muhammad SAW Pembina Tamadun Ummah


Assalamualaikum w.r.t dan Salam Sejahtera...
 

Nabi Muhammad SAW adalah Pesuruh Allah. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Riwayat Nabi Muhammad SAW :

Nama penuh bagi Nabi Muhammad SAW ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Rasulullah dilahirkan pada hari isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Mekah) di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Pada usia 6 tahun, ibu Rasulullah iaitu Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah). Rasulullah dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib. Pada usia 8 tahun, datuknya Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Rasulullah dipelihara pula oleh bapa saudaranya, iaitu Abu Talib.

Pada usia 25 tahun, Rasulullah SAW bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah dan lelaki suruhan Khadijah. Rasulullah SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

Pada usia Rasulullah 35 tahun,  baginda diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. Dan bermulalah Rasulullah SAW menerima wahyu di Gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman ketika baginda berusia 40 tahun.

Nabi Muhammad SAW wafat ketika berusia 63 tahun pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun 632 Masihi di Madinah Al-Munawwarah. Nabi Muhammad SAW merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad SAW merupakan pelengkap ajaran Islam. Baginda juga digelar Al-Amin yang bermaksud 'Yang Terpuji'. Nabi Muhammad SAW juga mendapatkan julukan Abu Al-Qasim yang bererti "Bapa Qasim" kerana Nabi Muhammad SAW pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah tetapi meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.


Sumbangan
Rasulullah SAW terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam Kitab 'Sirah' Jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Nabi Muhammad SAW ialah 14 hingga 15 tahun. Rasulullah menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Rasulullah juga turut menyaksikan 'Perjanjian Al-Fudhul', perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

Rasulullah bukan sahaja diangkat sebagai rasul tetapi juga sebagai khalifah yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

  • Sebagai Pemimpin Agama
    • Rasulullah mempunyai 4 sifat terpuji iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah. Baginda berakhlak mengikut ajaran yang yang diajar dalam Al-Quran sebagai seorang pendakwah, Rasulullah menunjukkan sifat-sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas, berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh Rasulullah. Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah SWT.

  • Sebagai Pemimpin Politik
    • Rasulullah SAW mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu Sahifah Madinah. Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua-ketua suku Arab Mekah yang hampir menumpahkan darah iaitu meletakkan semula batu hitam atau Hajarul Aswad di penjuru Kaabah. Baginda juga mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan Kharaj Arab Madinah melalui perjanjian Aqabah 1 dan 2. Selain itu, Rasulullah telah diiktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui Sahifah Madinah dan telah mengadakan hubungan diplomatik. Contohnya, menghantar perwakilan Islam ke Habsyah dan Mesir serta memperkenalkan sistem Syura (permesyuaratan) untuk membuat keputusan dalam semua bidang secara kolektif. 
  • Sebagai Pemimpin Tentera
    • Rasulullah SAW telah menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan (Ghazwah) yang disertai oleh baginda. Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT serta mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh. Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islam dan telah memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu :-
      • Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaannya.
      • Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar Jizyah dan berperang.
      • Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang telah mati.
      • Tentera Islam dilarang memerangi kanak-kanak, kaum wanita dan orang tua.
      • Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.
      • Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
      • Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.
      • Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
      • Patuh kepada ketua.
      • Tidak boleh lari dari medan peperangan.
      • Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.         
Kata-kata Hikmah :
  • "Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah".
  • "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, Maka sesungguhnya dia mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga".

TOKOH 2 : Khalifah Abu Bakar As-Siddiq 


Riwayat Khalifah Abu Bakar As-Siddiq : 

Saidina Abu Bakar As-Siddiq adalah sahabat Nabi Muhammad yang begitu tinggi darjatnya, dijamin masuk syurga dan imannya begitu teguh. Beliau dilahirkan pada 573 Masihi iaitu 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah. Beliau adalah daripada golongan Bani Taiyim iaitu salah satu suku yang melahirkan orang yang besar-besar. 

Abu Bakar as-Siddiq merupakan khalifah pertama bagi umat islam (632-634). Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas beliau memeluk islam beliau menukar nama kepada Abdullah ibni Abi Qahafah. Beliau dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW.

Namun beliau sering digelar Abu Bakar (yang bermaksud unta muda di dalam bahasa Arab) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan).

Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah SAW tanpa ditemani oleh orang lain.

Beliau mendapat gelaran As-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah SAW. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang telah dialami oleh Rasulullah SAW. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada di kalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut. Saidina Abu Bakar yang menjadi pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.

Saidina Abu Bakar wafat 2 tahun selepas menjadi khalifah iaitu pada 23 Ogos 634 Masihi di Madinah dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad SAW di Masjid An-Nabawi yang terletak di Madinah.


Sumbangan :  
  • Khalifah Islam Pertama
    • Semasa Rasulullah SAW sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar megimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
    • Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan anak saudara Rasulullah SAW. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali membaihkan Saidina Abu Bakar.
    • Saidina Abu Bakar banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam walaupun hanya memerintah selama 2 tahun (632-634 Masihi). Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada di antaranya murtad dan ada di antaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam. Beliau pernah menjadi kaya, beliau juga dikenang jasanya kerana membebaskan beberapa hamba yang  beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal bin Rabah.
Kata-kata Hikmah :

  1. "Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu".
  2. "Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan".
  3. "Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku".
  4. "Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah".
  5. "Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara".
  6. "Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya seksaan Allah".
  7. Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu :-  
    • Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
    • Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
    • Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
    • Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.        
h
a
b
r
I